Sahabat Selamanya


Sunday 14 April 2013

Sahabat Selamanya


Pukul 7.05 a.m. Aku lihat jam di handphone sambil kaki laju berjalan menuju ke Dewan Makan untuk sarapan pagi. Lantas, aku memandang ke arah kanan. Aku lihat sosok tubuh yang sangat aku kenali. Cahaya! Jerit aku dalam hati. Laju saja tangan ini mendial nombor dia. Aku lihat dia sedang menjinjit sebuah beg pakaian..

Hampir 15 minit aku berbual dengannya di depan pintu DM. Keinginan aku untuk menjamah makanan sudah hilang kerana kenyang berborak dengan dia. Pagi Jumaat yang mendung dan dihiasi dengan kabus yang agak tebal. Dia berjalan menembusi kabus tersebut. Mulut masih lagi berbicara dengan Cahaya dan melihat dia dengan hati yang sayu..



Aku tetap tidak mahu berhenti bercakap dengannya sehinggalah dia hilang di pandangan dek kabus yang tebal menutup bayangannya. Sungguh, aku seperti tidak mahu dia pergi. Walaupun ketika itu dia cuma ingin pulang ke rumah. Tapi hati ini tetap merayu agar jangan biarkan dia pergi. Namun, apakan daya..



1 message received from Cahaya. Teruja aku nak membacanya.
"Aiman, kan ritu ko nampak aku nak kuar. kabus tebal kan. ko nampak aku hilang sbb kabus tu, tu lah kali terakhir ko nmpk aku kat situ."
Tergamam aku membacanya. Aku terdiam seribu kata. Hendak nangis, adik ada di depan mata. Biarlah hati aku yang menangis. Aku membalas SMS dia. Berulang-kali aku katakan padanya. Itu semua hanya satu penipuan. Tapi, ia adalah sebaliknya. Aku membisu. Aku terpaksa terima..

Sudah beberapa bulan berlalu. Aku tetap mengikuti perkembangan Cahaya walaupun dia bukan lagi rakan sekolej aku tapi dia tetap SAHABAT aku. Tak kesampaian kita untuk konvo bersama. Itu lah yang membuatkan aku terkilan sehingga detik ini..

Terima kasih Cahaya. Ada rezeki lagi, boleh lah kau makan coklat aku bagi. Aku tahu kau rindu coklat aku bagi kan. Terima kasih sudi jadi Po aku. Jangan berputus asa. Selagi kita masih bernyawa, carilah ilmu di mana saja. Sentiasa bersemangat sahabatku. Aku harap kita bertemu lagi dan belajar di tempat yang sama. Our target is UKM. Kebetulan keinginan kita sama untuk menyambung pelajaran di situ. Sehati sejiwa la kononnya..



# Cahaya merupakan sahabat aku yang memahami aku dan boleh dipercayai..suka makan coklat..aku respect dia sebab kematangan dia berfikir, pengalaman hidup dia yang mencabar, dan paling utama dia bersastera.. like byk2~

p/s : ye aku tau citer ni macam x bape nak faham sgt..tapi,....ade aku kesah??

~ Doa Pengikat Kasih Sayang Kita ~

Saturday 30 March 2013

Blogskin oh Blogskin

keinginan di hati untuk menukar template ke BLOGSKIN sudah lama
tapi, akhirnya telah aku membuat keputusan
untuk memendam saja impian itu
sebab apa?
bila aku cari tutorial tukar template kepada blogskin
banyak sungguh nak kena edit
disebabkan aku bukan selalu boleh tinjau blog sendiri
apa lagi nak update
aku biarkan saja keinginan itu pergi
(ceh.. macam hape je)


honestly, aku tak reti nak edit kod2 yang ada tu
(actually, malas)
banyak benda nak kena buat
leceh, banyak songeh
aku ni dah la kurang rajin
tapi, takpelah
aku redha jela blog jadi gini
asalkan dapat baca apa yang aku nak sampaikan
(bajet je orang salu usha blog aku)


~ Doa Pengikat Kasih Sayang Kita ~

Thursday 28 March 2013

I'm Miss Simple


uhuk2..
assalamualaikum..
dah berhabuk blog ni..
huhu~
ape?
blog simple and hodoh sangat?
hehe~
maaf la der..
x reti nak cantikkan blog..
sebab ambo bukan orang yang berseni ni..
lagi2 bab mencantikkan blog..
nak wat camne kan..
terima lah seadanya..
aku kan budak biasa..
a.k.a Miss Simple



~ Doa Pengikat Kasih Sayang Kita ~

Tuesday 12 February 2013

Happy Birthday Farrah

Selamat Hari Lahir 
Noor Farrah Eilyana bt. Muhammad Eiqbaal
yang ke-1 tahun
^_^

kami adik-beradik sambut birthday kat rumah abang
huhu~
meriah sangat
banyak makanan (junk food je pon)
yg ni je sempat aku snap





semoga menjadi anak yang solehah
aamin~

# rindu nak kumpul adik-beradik mcm ni..huhu~


~ Doa Pengikat Kasih Sayang Kita ~

Tuesday 1 January 2013

Assalamualaikum

Umur sudah meningkat seiring dengan amalan dan ibadah..


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH..

01 Januari 2013
tak ku sangka boleh berjumpa. Alhamdulillah~ ALLAH panjangkan umur kita semua. walau apa pun, kita kena bijak mengatur hidup kita ke arah yang lebih baik. jangan sia-siakan usia muda kita. jangan menyeal di kemudian hari. sesalan itu sudah tidak berguna lagi.

tarikh hari ini adalah tarikh permulaan blog ini. mungkin selepas ini tiada masa untuk update. kerana masih lagi menuntut ilmu. jika ada kelapangan, blog ini akan diisi dengan sepenuh-penuhnya. insyaALLAH~

# semoga ketemu post yang seterusnya..
~ Doa Pengikat Kasih Sayang Kita ~