Sahabat Selamanya

Sunday, 14 April 2013

Sahabat Selamanya


Pukul 7.05 a.m. Aku lihat jam di handphone sambil kaki laju berjalan menuju ke Dewan Makan untuk sarapan pagi. Lantas, aku memandang ke arah kanan. Aku lihat sosok tubuh yang sangat aku kenali. Cahaya! Jerit aku dalam hati. Laju saja tangan ini mendial nombor dia. Aku lihat dia sedang menjinjit sebuah beg pakaian..

Hampir 15 minit aku berbual dengannya di depan pintu DM. Keinginan aku untuk menjamah makanan sudah hilang kerana kenyang berborak dengan dia. Pagi Jumaat yang mendung dan dihiasi dengan kabus yang agak tebal. Dia berjalan menembusi kabus tersebut. Mulut masih lagi berbicara dengan Cahaya dan melihat dia dengan hati yang sayu..



Aku tetap tidak mahu berhenti bercakap dengannya sehinggalah dia hilang di pandangan dek kabus yang tebal menutup bayangannya. Sungguh, aku seperti tidak mahu dia pergi. Walaupun ketika itu dia cuma ingin pulang ke rumah. Tapi hati ini tetap merayu agar jangan biarkan dia pergi. Namun, apakan daya..



1 message received from Cahaya. Teruja aku nak membacanya.
"Aiman, kan ritu ko nampak aku nak kuar. kabus tebal kan. ko nampak aku hilang sbb kabus tu, tu lah kali terakhir ko nmpk aku kat situ."
Tergamam aku membacanya. Aku terdiam seribu kata. Hendak nangis, adik ada di depan mata. Biarlah hati aku yang menangis. Aku membalas SMS dia. Berulang-kali aku katakan padanya. Itu semua hanya satu penipuan. Tapi, ia adalah sebaliknya. Aku membisu. Aku terpaksa terima..

Sudah beberapa bulan berlalu. Aku tetap mengikuti perkembangan Cahaya walaupun dia bukan lagi rakan sekolej aku tapi dia tetap SAHABAT aku. Tak kesampaian kita untuk konvo bersama. Itu lah yang membuatkan aku terkilan sehingga detik ini..

Terima kasih Cahaya. Ada rezeki lagi, boleh lah kau makan coklat aku bagi. Aku tahu kau rindu coklat aku bagi kan. Terima kasih sudi jadi Po aku. Jangan berputus asa. Selagi kita masih bernyawa, carilah ilmu di mana saja. Sentiasa bersemangat sahabatku. Aku harap kita bertemu lagi dan belajar di tempat yang sama. Our target is UKM. Kebetulan keinginan kita sama untuk menyambung pelajaran di situ. Sehati sejiwa la kononnya..



# Cahaya merupakan sahabat aku yang memahami aku dan boleh dipercayai..suka makan coklat..aku respect dia sebab kematangan dia berfikir, pengalaman hidup dia yang mencabar, dan paling utama dia bersastera.. like byk2~

p/s : ye aku tau citer ni macam x bape nak faham sgt..tapi,....ade aku kesah??

~ Doa Pengikat Kasih Sayang Kita ~

No comments:

Post a Comment